Jumaat, 16 September 2011

TERKENANG TEMAN





pergi mengutip si kunyit temu
untuk bahan membuat jamu
setiap hari melihat gambarmu
tidak sedikit pun rasa jemu

kalau ada sumur di ladang
selepas mandi berlalu pergi
setelah lama tak dipandang
entahkah bila bertemu lagi

 tepi halaman tanam selasih
celah rumpun si pokok kantan
Romeo Juliet merana berkasih
aku merana merindu intan

sakit di kaki tertikam paku
paku berkarat di tali sauh
sesekali pilu menyentuh hatiku
bila mengenang dirimu jauh 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan