Sabtu, 10 September 2011

TERJERAT


kerana taut di gigi paya
ikan di air terpedaya
tertipu kerana umpan

sebab perut kelaparan

mulut selera nak makan


lemah longlai dan lesu

merentap resah di hati

jiwanya sedih memilu
kerah meronta baki tenaga
tak bias jua mara bahaya

tusukan bisa memedihkan
bibir yang luka tercarik ngilu
pudarlah harapan bebas

tercungap di ragut cemas
kian lemas nyawa tertewas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan