tanam padi tumbuhnya lalang
lalang di racun di waktu pagi
kerana benci kekasih hilang
nak ku pujuk tak bererti lagi
darilah mana pipit melayang
kalau tidak di sawah padi
kerana benci melupus sayang
nak berdamai orang tak sudi
bendang subur di tanah Kerinci
habislah musnah dik anak kera
walau diriku sudah kau benci
namun rindu masih membara
tanah Kerinci Tanjung Berangan
di tepi sawah tumbuh kelapa
walau kau hilang dari pandangan
namun di hati tak pernah lupa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan