Khamis, 15 September 2011

syair untuk anakku !


wahai anakku dengarlah kata
nasihat ayah dan bonda
menyara kita hingga dewasa
jasa mereka jangan dilupa

setelah hidup anak-anak berjaya
dihati mereka bahagia sentiasa
segala pengorbanan mereka berdua
tidak  terbalas setimbun harta

jangan diri menyombong bangga
kasih sayang kepada mereka
jika terbitnya airmata bonda
tenggelam kita lemas dek dosa

syurga ditelapak kakinya bonda
kasih ayah sepanjang nyawa
pada mereka jangan derhaka
dunia tak selamat akhirat di neraka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan