Khamis, 15 September 2011

BAHASA PANTUN


pergi mengail di pantai segari
disitu terdapat banyaklah ikan
  adinda sudah lama berdiam diri
bakat yang ada sila tunjukkan

kolek menyusur sebelah tepi
membawa muatan sebelah pagi
mengapa tuan diam menyepi
tidakkah teringin berpantun lagi

pergi mengail ikan tenggiri
di lubuk ikan tanjong gelama
  kawan lama diamkan diri
rindu rasa nak pantun bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan