Jumaat, 16 September 2011

SETIA MENANTI





helang hinggap di pohon jati
lepaskan penat terbang tinggi
gembira sungguh di dalam hati
dikau datang berkunjung lagi
 
cantik ukiran bagai bertempa
bertinta emas tulisan tertera
walau musibah datang menimpa
kesudian datang ku sambut mesra
 
murai berkicau siul-siulan
gempita bunyi di dalam rimba
bak pungguk merindu bulan
begitulah rindu dihati hamba
 
pengantin diiring para tetamu
cantik bergaya memakai tanjak
hamba setia menanti diri mu
di depan pintu tanpa berganjak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan