Jumaat, 16 September 2011

KAIN BURUK



Bagaikan sebuah pelabuhan sepi
kapal tiada sudi singgah lagi

Bagaikan kain buruk terbuang

menanti reput dan kian usang

tinggi-tinggi si gunung ledang
manakan daya hendak didaki
kain buruk jangan dibuang
boleh dibuat pengelap kaki

tinggi-tinggi gunung ledang
nampak membiru di tengah rimba
kain buruk jangan dbuang
beri hamba mengesat si airmata

cantik dan ayu Puteri Ledang
memikat hati Raja Melaka
kain buruk jangan dibuang
boleh ku buat pembalut luka

besi bertempa dibuat parang
habis binasa tiada menjadi
  kain buruk koyak bersarang
aku jadikan koleksi peribadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan