Jumaat, 16 September 2011

GELORA HATI




senyum berseri manis rupawan
 bunga ku puja di taman larangan
harum mewangi hati tertawan
ingin ku petik tak tercapai tangan
 
kuah dimasak berminyak lenga
di kacau-kacau gunakan sudu
hajat dihati memetik bunga
biar mengharum di kamar rindu
 

bagai memasang si jerat burung
adakalanya tak membawa untung
harap burung dijadikan denak
namun terjerat tak pernah jinak 

indah berseri tanjung bidara
terbang rendah si burung helang
ribut melanda hati gelora
bawa bertenang gelisah hilang

berhempas pulas kolek di dayung
air pasang di hujan yang lebat
seberat mana dosa di tanggung
mohon keampunan berserta taubat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan