Jumaat, 16 September 2011

JAUH DIRINDU DEKAT DISAYANG




penat terasa letih dan lesu
kerana jauh pergi kembara
dinda disana diam membisu
simpan suara selembut sutera

terubuk dibakar di atas bara
bara berada tepi perigi
lunak dengar dinda bersuara
sampai tak tidur hamba ke pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan