Jumaat, 16 September 2011

SETAKAT TERMAMPU



purnama terang di malam ini
bintang jauh berkerlip cahaya
pantun laksana melucah seni
menyakit hati pencinta budaya

jika pergi Changkat Dermawan
jangan lupa mengajak kawan
ilham tercipta di puisi tokwan
bagai buih di mata sasterawan

perahu kolek hanyut tersangkut
disungai deras untuk seberang
tokwan bagaikan sebutir melukut
berpuisi sumbang di mata orang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan