Jumaat, 16 September 2011

SERI BULAN


jika  tidak  bulan mengambang
tidak  pungguk  datang merayu
kalau  bukan kerana  kumbang
tidak bunga kembang dan layu

pungguk  merayu  di pucuk  jati
sinaran  bulan  limpah  ke paya
jangan  dibawa   bersedih   hati 
hilang  gelita  timbullah  cahaya

cahaya   bulan   di  tanah  rawa
nelayan  ke   laut   naik  perahu
walau   bersedih  bawa  ketawa
derita  di  hati  siapa  yang  tahu

cahaya   bulan  di  celah  dahan
sinar   tembus   pohon   meranti
jodoh pertemuan darinya Tuhan
bahagia   derita   pasti   menanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan