Jumaat, 16 September 2011

KAWAN SETIA



semai  kasih  sanjungan  budi
senyum melerek ayu menawan
biarlah   menjadi   kekal  abadi
hidup bersama setia berkawan

memupuk   kasih   biar  sebati
tulus   ikhlas  menambah   seri
jika   berkawan   seikhlas  hati
sengketa  pula   jangan  dicari

sehening    pagi   sesuci   awan
seharum  bunga  bagai setanggi
baiklah   baik    memilih   kawan
mulia pekerti dan berbudi tinggi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan