Jumaat, 16 September 2011

SENI WARISAN




ubi rebus bercicah manisan
kopi seteguk didalam cawan
indah pantun berseni kiasan
terpegun rasa hati tertawan

pungguk mendayu sayu berlagu
harap bulan terang cahayanya
bagaimana nak dapatkan sagu
kalau tidak dipecah ruyungnya

masak cuka santan berlada
lada dibeli di pasar tani
belum lagi mendabik dada
pantun tokwan kurang berseni

anak rusa dalam belukar
leka termenung di rimbun lalang
bagai ular menyusur akar
bisanya masih tidakkan hilang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan