Jumaat, 16 September 2011

RESAH


masam rasa si limau purut
tidak semasam si asam jawa
hati resah jangan diturut
kalau diturut merana jiwa 
 
hitam kulit si buah manggis
manislah pula isinya putih
hati sedih bawa menangis
asalkan tidak jiwa merintih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan