Jumaat, 16 September 2011

SAJA BERPANTUN




terbang di paya burung kedidi
berhenti rehat di tepilah ladang
ku semai padi harap menjadi
rupa bertukar lalang sebendang

kelip-kelip ku sangka api
terbang malam di tepi laman
hidup seorang terasa sepi
niat di hati nak cari teman

menuai padi di waktulah petang
padi menguning di tengah bendang
mengapalah tak kunjung datang
bila wajahmu dapat ku pandang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan