Sabtu, 10 September 2011

RINTIHAN RESAH KU


Dengarlah sayang rintihan resah ku
pergi mu tiada berpesan
hilang tiada terkesan
kerana lidah dan bibir terluah api
namun hati ku masih sesejuk salji

Usah diterima bisikan membakar
biar ku siram kembali dengan airmata
memadam bara-bara kalbu nan ragu
kita sucikan segala cemar memunah memori
kembalikan seri mahligai harmoni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan