Khamis, 15 September 2011

RINDU-RINDUAN



sawah luas bertanam padi
tidak jauh dari sebuah gua
ingatkan dinda sudah tak sudi
maklumlah saja diri dah tua

kebun semak ditumbuhi lalang
banyak ditanam pokok kelapa
akan ku tunggu adinda pulang
tak sabar lagi rasa nak jumpa

sejuknya air didalam lata
tempat remaja berdua-duan
kalau begitu bagai dikata
tidaklah hamba rindu-rinduan

gendang dipalu mengikut tari
berirama asli tarian canggung
aku menanti menghitung hari
sudah lama rindu ditanggung

berkuah kicap masak limpa
jangan lupa dibubuh lada
penat memasak terasa lesu
sudah lama tidak berjumpa
hajat di hati nak gurau senda
bila bertemu kelu membisu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan