Khamis, 15 September 2011

LARA




  entah mengapa terasa pilu
rasa tiada apa yang kurang
jangan di hati terasa malu
bukan kenal baru sekarang

jangan begitu rasa di hati
ingatan lama takkan dilupa
dulu kata sahabat sejati
apa salahnya kita berjumpa

hilanglah rindu disatu pertemuan
eratkan lagi tali persahabatan
kalau nak rapat tali persaudaraan
bolehlah dinda dijadikan teman

anaklah kijang di tepi lata
lalu terkejut berlari laju
sampai terjatuh di dalam perigi
apalah yang hendak dikata
kalau sudah tidak setuju
tak kesampaian nak tambah lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan