Jumaat, 30 September 2011

ORANG DI PUJA AKU DIHINA


Bukan    kerana   si  pohon    lenga
tidak    menjadi    si    buah     pauh
usahlah  kerana  cantiknya   bunga
kumbang   kau   usir  terbang  jauh

bukan  kerana   pohon   mengkudu
tidak     berisi     si    pokok    lemba
usahlah  kerana   manisnya   madu
cuka   diumpama    racun   bertuba

bukan    kerana   pohon   ketapang
tidaklah   rendang   si   pohon  sena
usah  kerana   bulan  mengambang
 malang  si pungguk dipandang hina


bukan  kerana  pohon  saga melata
tidaklah    tumbuh    pohon   selasih
usah     kerana      emas     permata
tembaga    suasa    ketepi    di sisih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan