Jumaat, 30 September 2011

PEDAS AKAN MANISNYA


Aku hanya menabur gula

di makanan yang ku hidang
untuk kau rasa manisnya
tapi kenapa kau terasa pedas

mengapa harus berkipas
cuaca sejuk kau terasa panas
air setempayan pun kau tak puas
meneguk air bak arus deras

muka dan mata semerah api
mulut membengkak di bibir
lidah mu julur menjelir
bagai musafir haus di padang pasir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan