Jumaat, 16 September 2011

NASIB SI MISKIN





ikatan bertali biarlah kemas
biar senang memanjat gunung
orang memandang permata emas
membuat hamba menjadi bingung

hujan lebat basahlah rumput
rumput meninggi di dalam sawah
mana nak dibawa harta sejemput
tiada termampu hidup bermewah

pergi ke muara mengutip lokan
buat bekal untuk ke bendang
bukanlah lubuk tempatnya ikan
umpan sejemput ikan tak pandang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan