harum berbau buah cempedak
masak berperam di atas para
hidup miskin berbudi tidak
melara jiwa derita sengsara
nampak indah dipandang mata
sayup terbentang luas saujana
kerana miskin budi dan harta
di mana berada dicaci dan hina
anaklah angsa tidak sebaya
mencari makan merata-rata
orang berada di puncak jaya
hamba bak rumput liar melata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan