Jumaat, 16 September 2011

MENGENANG RINDU




buah pinang di atas jalan
kutip diracik di dalam puan
bagai pungguk rindukan bulan
begitu hamba rindukan tuan

menarik sampan dengan belati
lalu ditambat di tanjong sena
walaupun ramai penghibur hati
manakan sama adinda di sana

masam sungguh rasanya cuka
untuk dicampur dalam serawa
puas ku cari penawar duka
yang paling manis teristimewa

memakai baju berwarna merah
panjatlah pokok terasakan gayat
walau kenangan dah jadi sejarah
akan ku kenang sepanjang hayat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan