Jumaat, 16 September 2011

HATI TERGODA



Pergi ke bandar berjalan-jalan
untuk membeli gelas dan cawan
laksana pungguk rindukan bulan
bulan berlindung di balik awan

nyior gading lebat dipangkal
tumbuh ditepi si pokok mawar
mabuk pinang boleh ditangkal
hati yang kasih apalah penawar

Tun Teja cantik laksana
dari Pahang turun Melaka
gembiralah dikau jauh disana
jangan di hati rasa berduka

bersalut umpan dimata joran
dapat se ekor si ikan belida
paras dan rupa bukan ukuran
berbudi bahasa hati tergoda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan