Jumaat, 16 September 2011

LUPA ATAU BENCI



pergi   mengail   ikan  tenggiri
banyak    dapat     berkati-kati
kerana  berumpan sianak pari
bukanlah   niat  merendah diri
hanya  setakat   merajuk  hati
sahabat  dinanti  menyepi diri

menjala   ikan   di sebelah  tepi
pantai    sunyi    Teluk    Segari
tempat  berlabuh orang  Kerinci
beginilah   nasib   dilamun  sepi
kawan   pergi    hilangkan    diri
entahkan lupa atau   membenci 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan