Jumaat, 16 September 2011

KETAWA BAWA DUKA



asam pedas tiada bercuka
hanya diguna asam jawa
menangis adalah penawar duka
gelak ketawa menuba jiwa

pohon rendang delima merkah
sayang buah terkena kelarah
dipohon rahmat serta barakah
supaya hidup tak sesat arah

apa dimasak ibu mertua
sedang buat pisang serawa
usah pula dicampur cuka
ingat pesanan orang tua
jangan suka selalu ketawa
kelak nanti membawa duka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan