Jumaat, 9 September 2011

si SAKA



Kau muncul lagi
sejak tiada bertuan
terbuang di pinggiran hutan
sempat jua kau menyusup
diruang sempit lolong dan sambang
disitu pula tempat bersarang

Nyahlah, wahai pelesit saka
dari terus di sisi
jangan ganggu tidor lena ku
bersama mimpi indah
tidak bertukar igauan ngeri

Pergilah kau pelesit saka
usah kau hinggap pada rerantingan muda
untuk mengembang sayap jijik mu
bimbangnya hati
kau mematahkan rerantingan itu
yang bakal menjadi tongkat ku

Jauh lah dari ku wahai pelesit saka
kerana diri ini bukan lagi habuan serakahmu
Insaflah hari kian senja
sementara belum jelma malam gelita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan