Khamis, 15 September 2011

SENYUM BERTUBA



makanan dihidang untuk tetamu
sungguh sedap enak dirasa
usah diukir senyum manis mu
tapi bagaikan tuba berbisa

makanan dihidang untuk tetamu
masak lemak santan berpati
usah diukir senyum manis mu
jika hanya meracun hati

makanan dihidang untuk tetamu
enak rasanya tambah selera
usah diukir senyum manis mu
tapi di hati berdendam bara

makanan dihidang untuk tetamu
ikan bercicah air asam jawa
usah diukir senyum manis mu
jika setakat berpura di jiwa

makanan dihidang untuk tetamu
nasi bersantan sedap rasanya
usah diukir senyum manis mu
tetapi penghias di bibir hanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan