Jumaat, 16 September 2011

GUSAR



Rumah pusaka di tanah lebar
tiang bersendi kayu bertarah
ku pujuk hati bawa bersabar
kepada Mu Allah aku berserah

rumah usang berkayu kasar
tiada semut dapat merayap
hilang kasih tidak ku gusar
pedoman diri asal tak lenyap

tinggilah tinggi si gunung tahan
nampak membiru di kampung jati
berdoalah kita kepada Tuhan
taqwa dan iman mensuci hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan