Jumaat, 16 September 2011

GURINDAM JIWA TOKWAN



Isteri   tinggal    berjauhan   pula
di hujung minggu dikunjung juga
hajat  di hati  nak  dilayan mesra
hanyalah  layanan  seperti biasa

manalah    diri    tidak     merana
hati    bagai    insan    berkelana
apa    dibuat   serba   tak    kena
makan tak  selera,  tidor tak lena

bila    terkenang   waktu   bercinta
apa   yang  dibuat  indah    belaka
bila     sudah     hidup     bersama
tingkah  dan  laku  berubah   pula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan