Khamis, 15 September 2011

SI BURUNG MERAK



Gadis ayu berpakaian batik
pergi ke sungai membawa timba
bagai merak berbulu cantik
hanya mengigal di hutan rimba

si jalak berkokok bersuara serak
di atas tunggul selalu bertanggak
jangan berlagak bak burung merak
terbang tak mampu seperti gagak

berenang di pantai si ikan kembong
ketika laut mula nak  pasang
merak mengigal berlagak sombong
selalu  menjadi habuan musang

cantik si gadis berbaju kurung
di muka pintu duduk termenung
merak cantik dikalangan burung
tapi terpinggir di tepian gunung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan