Khamis, 15 September 2011

RAJUK





pipit merajuk di bendang
kembali semula ke sarang
walau merajuk hati senang
kerana tembolok kenyang


pungguk merajuk ke rimba
di dahan tinggi ia berduka
menyendiri di malam gelita
jelma bulan hilanglah hiba


murai merajuk di atas dahan
kerana ditinggalkan kawan
riuhlah ia berkicau-kicauan
namun mampu cari makanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan