Jumaat, 16 September 2011

PADA YANG SATU


buah   durian   tajam   berduri
menimpa anak pokok meranti
hujanlah   lebat    ditengahari
asalkan   tidak   banjir  di hati

pagi   memakan   si roti canai
cicah kuah  kacang bersantan
biarlah diri reput dek anai-anai
takkan ku cari kaca  dan intan

lembu berada  di dalam kandang
berkawat  duri   bertiangkan  batu
biarlah  kasih   tiada   bertandang
namun  setiaku  pada  yang  satu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan