Sabtu, 10 September 2011

~ DERITA KISAH SILAM CERITA BARU



kesian negara jepun
dilanda bencana
manusia derita
buana mengamuk murka
laut muntah dari perutnya

dulu jepun amat bangga
menakluk tanah melayu
derita datuk nenek dan ibu
tiap hari perut di isi ubi kayu

soldadu jepun angkuh berkuku kuasa
menguji hati anak watan
wanita diperkosa 
anak kecil derita
yang tua disepak terajang
disiksa nyawa melayang

warga ku menunduk
dipaksa memuja matahari
anak muda menjadi buruh paksa
banyak yang mati sengsara

bila soldadu jepun datang bertandang
pipi menjadi sasaran penampar jepun
jua dipijak dipaksa minum air sabun
ada bercerai badan kepala dipancung

hancur lebur Hiroshima
bom atom menyedar kerakusan
kerana kekejaman nafsu berperang
berundur jepun tewas berjuang

era berganti jepun berdiri
jenama produk menakluk dunia
megah bangsanya rajin berusaha
jadi contoh ketamadunan manusia

ibu hanya tahu kezaliman jepun
mengingati sejarah pemerintahan jepun
namun berbangga berselipar jepun
masih menaiki kereta jepun
peralatan di rumah buatan syarikat Jepun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan