Khamis, 15 September 2011

DENGARLAH SAHABAT KU



Pergi mengail si ikan kerisi
berumpan anak ikan gelama
sahabat laksana kuku dan isi
susah senang rela bersama

sawah luas dibajak tenggala
bolehlah hamba siram selasih
hilanglah sayang hilang segala
pada sahabat menumpang kasih

padi disemai segenap inci
dibajak pula buang jerami
biarlah diri sudah di benci
hanya sahabat kasih bersemi

sawah padi di kampung Jawa
petani pulang di waktu senja
biarlah parah hatiku keciwa
sahabat jadi tempat bermanja

jemuran kain di atas ampaian
dibaham terik mentari membara
ku harap kasih tak kesampaian
sahabatlah sahaja penawar lara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan