Khamis, 15 September 2011

ANTARA KASIH DAN DENDAM




kain batik di jalin jarang
bercorak rintik si buah pala
hati ku sayang si anak orang
orang tak kasih anak ku pula

kain batik buat basahan
ketika kotor baru direndam
antara kasih dan kasihan
nak ku rindu hati berdendam

berjual batik di Pasar Payang
warna pudar nampaklah kelam
mulut marah hati menyayang
rasa kecewa perasaan di dalam

kain bercorak berintik selasih
cantik di pakai si anak dara
hendak ku lepas hati ku kasih
nak ku genggam bagaikan bara

batik dipakai berbidang lebar
kerana sejuk di malam hari
puaslah sudah aku bersabar
ku pujuk hati berdiam diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan