Jumaat, 16 September 2011

CERMINAN DIRI



pergi memukat di laut jawa
di sana lubuk si ikan pari
sopan santun sentuhan jiwa
budi bahasa cerminan diri 

sayang pulut dibuat tapai 
airnya manis bagaikan gula
karam di hati terkapai-kapai
tempat berpaut tenggelam pula

malam hari cuacanya gelap
ramai orang memasang pelita
hati tumpul tiada tergilap
akal fikiran sempit gelita

lemak kelapa kerana santan
dibuat masakan anika sayuran
ilmu diduga seluas lautan
tiada bertepi pembatas ukuran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan