Jumaat, 9 September 2011

DI MANA ~ AKU PERCAYA



aku percaya
jika tiada sengketa
tiada wujudnya dosa pahala
tiada syurga neraka
tiada mahkamah dunia

dimana amannya
disana telingkah disini berperang
di sini kelahi di sana pertempuran
dimana kah hati dan perasaan
jiwa dan nyawa didagang

senjata dicipta demi kuasa
serakah haloba kejam manusia
entah bila kan damai bersatu
hati dikerakusan serakah nafsu
hingga dunia semakin lesu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan