Jumaat, 16 September 2011

PANTUN SERI MELUKUT



bagaikan memasang taut
umpan hanya barang sejemput
di tengah tasik luas melaut
harap ada ikan tersangkut

ikan menangis mendayu-dayu
taut di pasang sudah mengena
duyung menangis merayu-rayu
kasihan hamba dilepaskan jua

anak siapakah gerangan sidia
hati merindu bak badai gelora
kolek ku sempit bocorlah pula
takut karam nak bawa bersama

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan