Jumaat, 16 September 2011

MEMUJA BAYANG




kait pinang di pangkal mayang
galah panjang patah di tangan
hendak dirindu orang tak sayang
cuma memuja dalam bayangan

bila rindu ku menyebut nama
bertitip ucapan tuturan kata
puas menanti kau kunjung jelma
bolehlah kita bertentang mata
tumbuk pulut dibuat emping
dibuat makan tanpa bergula
kalau kekasih ada disamping
tidaklah rindu datang menggila

Tiada ulasan:

Catat Ulasan