Jumaat, 16 September 2011

PANTUN RUMPUN DEDALU


rumpun dedalu tumbuh melata
di tepi rimbun tembaga suasa
biarlah miskin tidak berharta
asalkan kaya budi bahasa
  rumpun dedalu tumbuh melata
subur hijau di pinggir pekan
biarlah miskin tidak berharta
asalkan kaya kawan dan rakan

  rumpun dedalu tumbuh melata
tempat bermain si anak kera
biarlah miskin tidak berharta
asalkan kaya saudara mara

  rumpun dedalu tumbuh melata
patah ranting jatuh ke laman
biarlah miskin tidak berharta
asalkan kaya taqwa dan iman

  rumpun dedalu tumbuh melata
  tumbuh melekap di pohon redan
biarlah miskin tidak berharta
asalkan kaya kesihatan badan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan