Isnin, 2 September 2013

KUSUT DI HATI


Ikanlah haruan di bawah titi
Dikail orang bertaut umpan
Jangan diturut katanya hati
Harap sabar tempuh dugaan

Pergi ke hulu menaiki sampan
Pendayung nipis kayu meranti
Perkara buruk usah disimpan
Hanya menambah kusut di hati

Beting pasir di tepi muara
Tempat nelayan menjala keli
Biarlah orang asyik bicara
Kata yang buruk usah peduli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan