Rabu, 31 Julai 2013

MENGHARAP BELAS RAJUK KEKASIH


Kalau jejak permatang bendang
lopak berair lumpur berselut
semenjak lama tidak ku pandang
namamu sentiasa meniti di mulut

Airlah sejuk bercampur selasih
di dalam gelas nampak berbayang
hendak merajuk pada yang kasih
mengharap belas dari yang sayang

Si burung kelicap terbang senja
sesudah kenyang balik ke sarang
dapat sekejap menumpang manja
kini hamba ditinggalkan seorang



Tiada ulasan:

Catat Ulasan