Jumaat, 5 April 2013

ALAHAI ADUHAI NASIBKU


Laluan sempit beranjau duri
di situ tempat bersarang kuang
bila ku kenang nasibnya diri
tersisih melara hidup terbuang

Patah galah menongkah hulu
biduk terhenti dipasang sauh
jikalau beringat dari dahulu
tidaklah diri terhumban jauh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan