Khamis, 21 Mac 2013

RAJUK ADINDA PUJUKAN KANDA


Pungguk hiba di pohon kayu
rela berembun sehingga sejuk
puaslah sudah memujuk rayu
kenapa adinda masih merajuk

Puas dinanti bulan menjelma
pungguk merayu pilu melanda
marilah adinda pujaan sukma
apalah dirajuk pada kekanda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan