Jumaat, 22 Februari 2013

HILANG GELORA DITENANG BAYU


Mengail pagi dapat tenggiri
masak asam bercampur limau
kasturi lebat di tepi paya
kemana hala nak ku bawa diri
lari di darat dimakan harimau
masuk ke air ditelan buaya

Buah kelapa buah bersabut
jatuh ke tanah tidakkan lesut
lagi ditenang tambah serabut
jika berdiam menjadi kusut

Lata jeram berbatu-batu
air tejun lubuk berpusing
sahabat handai jika membantu
hilang beban fikiran runsing


Tiada ulasan:

Catat Ulasan