Sabtu, 21 Januari 2012

MEREMPUH DERITA


kumbang terbang lalu menyinggah
kerana   bunga   kembang   melata
janji   termetri   pabila   di sanggah
hidup     merana    dilanda    derita

bunga harum  mekar berkembang

semerbak   wangi   seluruh taman
hidup  kesepian   berhati bimbang
sejak  mula   ditinggalkan    teman

putih     pekat     santan    diperah

habis   rosak   dik   jelaga    pelita
pada  Allah   sentiasa     berserah
redha   menempuh   luka     derita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan