Isnin, 23 Januari 2012

KILAUAN RESAH

habislah  kusam   emas    sepeti
jika     terkena      larutan    cuka
biar   pun  parah   merobek  hati
pasti   ku   cari   penawar   duka

emas berkilau bertatah permata
suasa   tidak   bersinar    terang
mana  nampak  sekilas  di mata
sepinya  hidup  tinggal  seorang


intan  laksana  kilauan   bintang
walau  terjatuh  ke dalam limbah

bagailah  mana hati nak tenang
selalu  resah  di usia bertambah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan