Jumaat, 30 Disember 2011

HAJAT TAK SAMPAI


Muatanlah   rakit    kayu    setanggi

singgah sebentar di Pengkalan Jati
harap   anganku  menyayup  tinggi
namun   rendah    capaian   di  hati

Punggah  muatan  di  Tanjung Pari
sejak   malam     sampai    ke  pagi
sudah    hampir     di    hujung   jari
hendak  berpaut   tak  berdaya lagi

Ke  Pantai  Bemban   kail   gelama

berumpan      anak    keli    di paya
hasrat  hendak   terbang  bersama
kepaklah    pula     tiada    berdaya

Menongkah arus ke Pulau Kampai
 membawa     pula    muatan   serai
apakan   daya   hajat   tak  sampai
musnah  berkecai  hancur berderai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan