Khamis, 8 Disember 2011

DIMANA HILANG SI KUNANG-KUNANG


Puas merata aku mencari-cari
di waktu malam terang atau gelita
dimanakah sang kunang-kunang
sekian lama hilang dari pandangan
jika dahulu bak bintang bertaburan 
tanpa jemu melambai mata
mengindahi alam gelita

penjuru mana harus ku tuju
untuk ku bersua dengan mu
adakah kau terlalu lara dan berlalu
terus menghilang diri bersembunyi
di tika sinar purnama bergemerlapan 
menyembuh duka pungguk berhati rawan

masihkah ada harapan untuk ku
melihat bayang mu
di malam ini
ku terharu tanpa kelibatmu lagi
membikin hati bertambah rindu
mungkinkah kau mula pupus
umpama desa terbiar sepi 

yang semakin membisu lesi
kerna meratapi ketiadaan penghuni


Tiada ulasan:

Catat Ulasan